Saturday, January 15, 2011

Strategi Satu Watak Untuk Semua"

Strategi “Satu Watak Untuk Semua” dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu di bilik darjah
Oleh:
Yahya Bin Ahmad Puteh
1.0 Masalah
Murid-murid yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dikenalpasti mempunyai kelemahan dari segi menguasai karya sastera secara menyeluruh. Mereka tidak boleh menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan aspek sastera yang dikaji. Implikasinya, murid tidak dapat menghasilkan jawapan yang baik bagi setiap soalan berkenaan aspek sastera yang kaji.
2.0 Pengenalan
Strategi “Satu Watak Untuk Semua” ini mengemukakan satu gaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid menguasai aspek-aspek sastera secara mudah dan terarah. Strategi ini dilaksanakan secara terancang dengan memastikan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan mudah dikuasai oleh murid. Apa yang penting, strategi yang dibincangkan ini merupakan usaha murni untuk membantu murid-murid yang berprestasi rendah yang mengambil matapelajaran Kesusasteraan Melayu. Malah ada rungutan dalam kalangan guru yang mengatakan bahawa mereka yang mengambil sastera elektif sebagai pelengkap mata pelajaran mereka semata-mata, tidak minat dan tidak mahu membaca teks sastera serta terdiri daripada kelas hujung.
2.0 Matlamat
Untuk melahirkan murid yang boleh menguasai aspek sastera secara mudah dan berkesan
3.0 Rasional
1. Guru dapat menerangkan aspek sastera dengan mudah
2. Dapat menjimatkan masa guru dan murid
3. Tidak membebankan murid
4. Boleh diaplikasikan dalam Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1-5
5. Boleh diaplikasikan dalam Literature In English Tingkatan 4 & 5
4.0 Sasaran
a. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Kesusasteraan Elektif
b. Semua murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima
5.0 Apa itu “Strategi Satu Untuk Semua”
Sebenarnya dalam Kesusasteraan Melayu Elektif, murid-murid dikehendaki menganalisis aspek-aspek sastera secara menyeluruh merangkumi aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, mesej dan pengajaran, nilai-nilai murni, teknik penceritaan, gaya bahasa, plot, latar, sudut pandangan dan sebagainya. Hal ini sebenarnya memberi implikasi besar kepada murid. Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan murid yang mengambil subjek sastera elektif, rata-ratanya bukanlah murid yang baik tetapi dalam aras sederhana dan lemah. Mereka inilah perlu dibantu agar murid aras lemah dan sederhana ini dapat kita tingkatkan menjadi pelajar yang baik dan berjaya mendapatkan keputusan baik dalam peperiksaan.
Sejajar dengan itu, pendekatan yang baik dan berkesan digunakan kepada murid-murid ini adalah dengan menggunakan strategi “Satu Watak Untuk Semua” agar mereka tidak rasa terbeban dengan subjek ini. Dalam kertas kerja ini, penulis akan menjadikan watak itu sebagai aspek sastera paling penting. Ini kerana watak merupakan pelaku cerita. Ini bermakna wataklah yang menghidupkan cerita yang ditulis oleh pengarang. Sekiranya tanpa watak, cerita itu akan kaku dan mati. Dalam pengajaran dan pembelajaran watak ini, murid akan didedahkan dengan sifat-sifat luaran dan sifat dalaman watak Sifat-sifat luaran watak merangkumi sifat fizikal luar watak yang boleh dilihat oleh mata kasar seperti berhidung mancung, tinggi lampai, warna kulit sawo matang dan sebagainya. Manakala sifat-sifat dalaman watak pula merupakan sifat yang ada dalam diri watak yang dizahirkan melalui tingkah laku seperti tegas, berkepimpinan dan bertanggungjawab serta raut wajah seperti penyedih, pemalu, pengasih dan sebagainya. Analisis watak ini memang dihuraikan secara terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu . Kesimpulannya dengan mengetahui watak dan perwatakan dalam karya itu secara tidak langsung seseorang murid itu akan dapat memahami beberapa aspek sastera yang lain seperti latar, mesej dan pengajaran, teknik penceritaan, plot, persoalan dalam karya, dan sebagainya.
6.0 Model Strategi Satu Watak Untuk Semua
Rajah 6.1 : Strategi Satu Watak Untuk Semua

Satu : Merujuk kepada watak (Elemen utama dalam strategi ini)
Semua : Merujuk kepada aspek-aspek sastera seperti persoalan dalam karya, nilai kemanusiaan, nilai kemasyarakatan, mesej dan pengajaran, latar, mesej dan pengajaran
Jadual 6.2 : Hubungan antara Watak dan Nilai-Nilai Murni
Watak Bahaman dalam cerpen Hujan Emas Di Negeri Orang
Bahaman
Nilai-Nilai Murni
Seorang yang bertimbang rasa.
Contohnya : beliau tidak memaksa rakyat menyertai perjuaangannya
Bertimbang rasa
Seorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
Contohnya: Dia tidak mahu negerinya dicampuri oleh kuasa asing
Patriotisme
Seorang yang mempunyai pendirian teguh
Contohnya: tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pangkat dan harta kekayaan
Teguh pendirian
Seorang yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Contohnya: beliau sanggup meninggalkan kedudukannya dan pangkatnya untuk perjuangan
Sedia berkorban
Jadual 6.3 : Hubungan antara Watak dan Mesej dan pengajaran
Bahaman
Mesej dan pengajaran
Seorang yang bertimbang rasa.
Contohnya : beliau tidak memaksa rakyat menyertai perjuaangannya
Kita hendaklah bertimbangrasa terhadap orang lain
Seorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
Contohnya: Dia tidak mahu negerinya dicampuri oleh kuasa asing
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara
Seorang yang mempunyai pendirian teguh
Contohnya: tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pangkat dan harta kekayaan
Kita haruslah sentiasa teguh pendirian dalam perjuangan
Seorang yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Contohnya: beliau sanggup meninggalkan kedudukannya dan pangkatnya untuk perjuangan
Kita mestilah sedia berkorban untuk kepentingan negara
Jadual 6.4 : Hubungan antara Watak dan nilai masyarakat
Bahaman
Latar Masyarakat
Seorang yang bertimbang rasa.
Contohnya : beliau tidak memaksa rakyat menyertai perjuaangannya
Masyarakat yang bertimbangrasa
Seorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
Contohnya: Dia tidak mahu negerinya dicampuri oleh kuasa asing
Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi
Seorang yang mempunyai pendirian teguh
Contohnya: tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pangkat dan harta kekayaan
Masyarakat yang mempunyai pendirian dalam menangani apa jua cabaran
Seorang yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Contohnya: beliau sanggup meninggalkan kedudukannya dan pangkatnya untuk perjuangan
Masyarakat yang sedia berkorban untuk kepentingan negara
Jadual 6.5 : Hubungan antara Watak dan persoalan dalam karya
Bahaman
Persoalan dalam karya
Seorang yang bertimbang rasa.
Contohnya : beliau tidak memaksa rakyat menyertai perjuaangannya
Menampilkan tentang tiada paksaan dalam perjuangan
Seorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
Contohnya: Dia tidak mahu negerinya dicampuri oleh kuasa asing
Menyelitkan tentang semangat cinta/kasih/sayang terhadap Negara
Seorang yang mempunyai pendirian teguh
Contohnya: tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pangkat dan harta kekayaan
Menampilkan sikap teguh pendirian dalam perjuangan
Seorang yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Contohnya: beliau sanggup meninggalkan kedudukannya dan pangkatnya untuk perjuangan
Mengetengahkan tentang sikap sedia berkorban untuk kepentingan negara

No comments:

Post a Comment